Tuesday 28 April 2015

Cara Masak Sayur Agar nutrisinya Tidak Hilang

Cara Masak Sayur Agar nutrisinya Tidak Hilang

Sayur-sayuran merupakan salah satu makanan yang baik untuk kesihatan. Oleh itu kita disarankan untuk menkonsumsi banyak sayuran agar tubuh tetap sihat. Sebelum dimakan biasanya sayuran tersebut akan dimasak terlebih dahulu.
Namun perlu anda tahu, cara masak yang salah ternyata boleh membuat nutrisi yang terkandung dalam sayuran akan hilang. Akibatnya, badan tidak akan mendapat nutrisi apa pun dari sayur-sayuran yang anda masak itu. Harus bagaimana?
Agar nutrisi dalam sayuran itu tidak hilang, tentu anda harus tahu cara memasak yang benar. Pasalnya, nutrisi yang terkandung dalam sayuran itu boleh hilang kerana terlalu lama terdedah kepada panas apabila dimasak.
Berikut ada cara memasak sayur agar nutrisinya tidak hilang:

1. Lobak dan brokoli
Lobak merah dan brokoli tidak disyorkan untuk dimakan mentah kerana akan sukar dicerna tubuh. Anda boleh menumis atau mengukusnya terlebih dulu sebelum dimakan. Potong-potong lobak merah dan brokoli, lalu masak beberapa minit sahaja. Proses ini akan meningkatkan kandungan carotenoid pada lobak merah dan brokoli yang berguna untuk mencegah kanser.

2. Sayur berdaun hijau
Agar nutrisinya tidak hilang, anda boleh memasak sayur-sayuran berdaun hijau dengan cara hanya tambah sedikit minyak ketika menumis dan jangan terlalu lama memanaskannya. Lemak sihat dari minyak boleh membantu tubuh menyerap lebih banyak nutrisi yang dihasilkan saat sayuran hijau dipanaskan.

3. Bawang putih
Jangan langsung memasak bawang putih yang baru dipotong-potong atau dicincang. Diamkan dulu bawang putih itu selama 15 minit. Berdasarkan hasil penelitian, membiarkan bawang putih terkena udara selama beberapa minit ternyata boleh mencetuskan reaksi enzim yang menghasilkan sebatian pencegah kanser.

4. Teknik memotong
Agar nutrisinya tidak mudah hilang, anda sebaiknya memotong sayur-sayuran dalam potongan yang besar. Sayur yang dipotong besar-besar ini akan membuat kandungan nutrisinya tidak cepat hilang apabila terkena panas dan air mendidih.

5. Kentang
Masa akan mengukus atau merebus kentang, sebaiknya masukkan juga bersama dengan kulitnya (jangan dikupas). Kerana kulit kentang ini berguna untuk mempertahankan kadar vitamin C saat kentang dimasak. Cara ini juga boleh membuat kentang jadi cepat matang.

Cubalah untuk tidak membiasakan diri memasak sayur terlalu lama, cukup beberapa minit sahaja. Memasak sayur dalam waktu yang lama memang boleh berguna untuk membuat tekstur masakan jadi lebih lembut, namun hal ini justru membuat nutrisi pada sayuran hilang.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive